Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

saya belum ada lagi cerita yang menarik untuk dikongsikan berkaitan bulan yang mulia ni..

cuma nak wish kat semua

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 
Semoga Amal kita di Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya


Puasa di bulan Ramadhan adalah Rukun Islam yang ke-3
ianya adalah wajib kepada setiap umat Islam yang sudah akil baligh

Pengertian Puasa di Bulan Ramadhan:
Menahan diri daripada makan & minum serta melakukan perbuatan yang boleh membatalkan puasa;
dari terbit fajar hingga terbenam matahari
dan disertai dengan niat

Niat puasa:
"Sahaja aku puasa esok hari di bulan Ramadhan kerana Allah Taala" - hendaklah dibaca sebelum terbit fajar
atau
"Sahaja aku berpuasa sebulan di bulan Ramadhan kerana Allah Taala" - hendaklah dibaca malam pertama bulan Ramadhan.

Ramadhan..
Di Awalnya Maghfirah
Di pertengahan Rahmat
Di penghujung adalah Pengampunan

Friday, June 28, 2013

Rezeki Allah..

Passive Income

Alhamdulillah

mesti semua orang dah tahu kan apa tu passive income..
so..
x payah lah kan saya nak cerita apa2
lagi pun, saya bukan arif sangat berkenaan perkara ni
cuma yang saya tahu..
income yang kita dapat tanpa buat kerja teruk2
n
 bukan rutin harian kita pun

yang saya nak share ari nie 
apa yang saya anggap passive income saya
walaupun x se-gah n sehebat mana
tapi yang penting..
SYUKUR..ALHAMDULILLAH..

Wednesday, June 26, 2013

Institut Pengurusan Kesihatan, Bangsar


so..
setelah mencari..
baru kini ku temui..

disinilah ia..

Institut Pengurusan Kesihatan,
Jalan Rumah Sakit, Off Jalan Bangsar,
59000 W.P.Kuala Lumpur, Malaysia.

Institut ini terletak di tengah-tengah LRT Bangsar dan KL Sentral.
Berdekatan dengan Klinik Pergigian Bangsar (Selepas Shell).
Koordinat GPS :  +3° 7' 54.02", +101° 40' 50.52"

Tuesday, June 25, 2013

Mencari Arah...

Institut Pengurusan Kesihatan

Esok saya perlu menghadiri kursus SoftSkills di Institut Pengurusan Kesihatan, Bangsar..

so, disebabkan saya mevolunteerkan diri sendiri untuk pergi sendiri..
maka, saya kena lah cari arah n jalan ke sana..

sebenarnya..
Kursus nie dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka..
tempat saya berkerja..
n diorang ada sediakan pengangkutan..
tapi saya x join sebab..
-->saya nk jumpa cinta hati saya > isteri n anak di Bangi
so, kena la pergi sendiri..

yang penting kena check-in kat sana pukul 12:30 tengahari..
so, esk x de la rushing sangat..

saya harap kursus nie bolehlah meng"Soft"kan "Skill" saya..

Surat Rayuan???

Apa Salah Saya Tuan???

persoalan yang menjadi tanda tanya dalam blank head saya nie 
selepas dapat call daripada YDP pertubuhan yang saya diundi menjadi S/U 
semasa Mesyuarat Dwi Tahunan yang lalu
(dah lah dapat call time drive; langsung x tahu nak jawab apa)

Sebenarnya;
beginilah kisahnya..

YDP pertubuhan saya tu dapat 1 surat dari R.O.S 
isi surat tue..
Perintah Pembatalan Pertubuhan..

apa lagi..
mengamuk sakan la YDP saya nie..
n saya yang x tahu apa isi surat tue terus je blur..
n akhirnya saya berjaya selidik isi surat ni..
melalui Naib YDP..

rupa-rupanya yang sampai tue Perintah Pembatalan yang berkuat kuasa pada 20/6/2013 lalu..
tapi masih boleh buat rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat..

Saturday, June 22, 2013

Blackout 505

HIMPUNAN BLACKOUT 505

Himpunan Blackout 505
dianjurkan oleh Pakatan Rakyat
bagi membantah keputusan PRU 13
yang mana menyaksikan Barisan Nasional masih memegang tampuk pemerintahan 

Acara ini akan diadakan di Padang Merbok, KL
para penyokong akan berkumpul dibeberapa kawasan sebelum bergerak ke sana
bagi berhimpun menyatakan pendirian masing-masing..
Himpunan ini juga turut disertai para Pemimpin PR

Friday, June 21, 2013

Oi Jerebu...

dengan tajuk entry yang macam nie
mesti semua orang dah tahu kenapa kan

mengikut gosip-gosip liar yang didengari..
fenomena ini disebabkan oleh
Pembakaran Hutan yang dilakukan oleh negara Jiran kita
di Sumatera, Indonesia

so, saya yang sekarang nie bekerja n menetap pada hari bekerja di Melaka turut merasai kesan fenomena ini..
teramat berkabus la ari2 saya..
pegi keje-jerebu
tengah keje-jerebu
balik keje- jerebu gak..
n
jerebu nie bukanlah sesuatu yang baik untuk kesihatan..
- batuk
-pedih mata
- selsema
- tekak kering
*semua nie simptom yang saya alami sendiri*

Salam Ketemu Semula

Salam Pertemuan semula..
setelah hampir setahun x berblog..

al-maklumlah..
dh ada tanggungjawab baru kan..
sebagai suami kepada isteri tercinta..
sebagai papa/ daddy/ ayah kepada seorang Putera yang comel...
so, banyak hobi2 dulu yang x terbuat lagi sekarang...