Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Al-Qur'an

SALAM RAMADHAN
BULAN YANG PENUH DENGAN RAHMAT
LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN
DIDALAMNYA BERMACAM- MACAM KEBAIKAN

BULAN YANG JUGA DIGELAR BULAN AL-QURAN
YANG MANA AL-QURAN DITURUNKAN DI DALAM BULAN INI..
YANG DIPANGGIL NUZUL AL-QUR'AN
PADA TANGGAL 17 RAMADHAN
SETIAP TAHUN IA AKAN DISAMBUT

SEMASA MALAM NUZUL AL-QURAN
SEMUA UMAT ISLAM DIGALAKKAN UNTUK MENAMBAHKAN AMALAN
MEMPERBANYAKKAN BACAAN AL-QURAN
BERTADARUS, SENDIRIAN @ BERAMAI-RAMAI

SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT RAHMAT 
DARI PERISTIWA TURUNNYA AL-QURAN INI

DAN SEMOGA KITA SENTIASA MENJADIKAN 
AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN DALAM HIDUP KITA SEHARIAN..
INSYAALLAH


Sunday, August 14, 2011

MATTA FAIR' 2011

MATTA FAIR' 2011
Fair yang diadakan setiap tahun oleh 
Pengusaha Industri Pelancongan di Malaysia
untuk membantu mempromosikan pelancongan dalam dan luar negara



Sebenarnya dh lama my wifey ajak pegi..
dari tahun2 yang sebelum nie dh ajak..
tapi skang nie baru terbuka hati nak pegi
selepas bertukarnya status..
Suami kepada Isteri-ku

bertempat di PWTC
seperti tahun- tahun yang sudah.
ramai gak orang..
sentiasa pack je..

kami..
@ PWTC
MATTA FAIR 2011

Tuesday, August 9, 2011

Bonus..

SALAM RAMADHAN

Semoga Ramadhan kita dipenuhi dengan Amalan yang memberi manfaat kepada diri..

Sedang suma kakitangan kerajaan sedang ebrteka-teki mengenai bonus raya seperti yang dimohon oleh CUEPACS seperti tahun-tahun terdahulu..

telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa

Monday, August 8, 2011

Fadhilat Mari Bersahur..

SALAM RAMADHAN

selamat bersahur n selamat berpuasa

- Bersahur itu adalah sunat, Rasulullah sangat suka umatnya yang bangun untuk sahur.
- Ia adalah perkara sunnah dan berpahala.
- Rasulullah juga bersahur, sekalipun dengan hanya memakan sebiji kurma dan meminum air masak.

Bersahur Itu Berkat:

- Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatannya"
(Riwayat al-Bukhari & Muslim).
- Maksud keberkatan ialah:
rahmat, kebaikan serta memperoleh restu daripada Allah s.w.t

Sunday, August 7, 2011

Hidangan Buka di Hujung Minggu

Salam Ramadhan.
weekend lepas genap sudah seminggu kita berpuasa
semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan daripada amalan yang dibuat
InsyaAllah..

pada Hari Sabtu lepas,
saya n isteri telah pulang ke kampungnya utk bertemu Maksu 
adalah sikit hal yang perlu disetelkan..
Alhamdulillah settle gak..

siang tue dah penat menaiki komuter n bas utk sampai ke kg nya..

penat gak ar..

ngantuk pun ada..
sebab bas nya naik turun bukit..
jln pn bengkang-bengkok..
tu yang x berapa nk selesa sangat..

ptg tue, seperti umat Islam lain..
kami pun berbuka setelah masuk waktunya iaitu 7:25pm
Menu utamanya:
1) Bihun Sup
2) Nasi putih + lauk cendawan

Desert : Pengat Labu..
(pengat labu nie la 1st time saya makan, sebab saya x berapa nk gemar sangat sayur labu)
setelah rasa utk 1st time, sedap gak rupanya..

saya pun teringat mengenai hasilan bacaan saya dalam majalah Solusi Isu 34..
berbunyi begini:
"Rasulullah s.a.w Menggemari Labu" 

so, nak x nak saya pun makan la kan pengat labu..
disebabkan Rasulullah s.a.w juga menggemari Labu

Friday, August 5, 2011

PERKARA SUNAT DI HARI JUMAAT

Salam Ramadhan..

sempena Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini,
saya inginlah berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari masa sekolah agama dulu..
sekiranya ada salah n silap harap lah dimaafi n ditegur (easyminded kn)

sempena hari Jumaat; penghulu segala hari nie..
saya ingin berkongsi kan 

PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT:

1) Mandi sunat hari Jumaat; mandi sunat yang beserta dengan niat iaitu: 
     "Sahaja aku mandi sunat Jumaat kerana Allah Ta'ala".
mandi nie bukanlah dilakukan sewaktu hendak pergi solat Jumaat, tetapi dilakukan sewaktu mandi selepas terbitnya fajar,disertakan dengan niat yang saya bagitau awal2 tadi.

2) Memotong kuku: bagi meraih pahala sunat, kita digalakkan untuk memotong kuku pada hari tertentu iaitu hari Isnin, Khamis & Jumaat. kalau nak potong hari lain pun xde masalah, cuma potong biasa je la kan..
Bagi memotong kuku ini, ada juga kaedahnya iaitu dimulai dengan memotong kuku tangan kanan, diikuti tangan kiri, kaki kanan dan barulah kaki kiri.

3) Merapikan misai dan janggut. Ini bertujuan menampakkan kekemasan dan mengekalkan ketampanan.

4) Memakai wangi-wangian sewaktu ingin pergi solat Jumaat. (pastikan lah wangian yang kita pakai tu adalah HALAL contohnya OneDrop iaitu tidak mengandungi alkohol). x kanlah ketika hendak pergi berdating saja nak wangi2 kan..time nak jumpa Allah x kan lah nk biar bau busuk je kan.

5) Hadir awal ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. ini bertujuan kita dapat meraih gandaan pahala melalui solat sunat & juga membaca al-Quran. Kita juga digalakkan untuk duduk di saf yang depan bagi menambahkan keberkatan serta terdapat ganjaran bagi mereka yang duduk di saf yang paling hadapan, berbeza dengan saf yang belakangnya.

dan juga beberapa perkara lagi yang disunat n digalakkan..

Semoga Kongsian Ilmu n Info ini dapat Meningkatkan Pahala kita di bulan Ramadhan yang Mulia ini..

Salam Ramadhan

Thursday, August 4, 2011

Ibadah Puasa Mengikut Sunnah

Salam Ramadhan..

selamat berpuasa buat semua..
semoga puasa kita tidak sia-sia & ianya menjadi ibadah memberi manfaat dan mengikut sunnah. di kesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit info yang mungkin berguna untuk kita semua sebagai hamba-Nya..dan semoga ibadah yang kita lakukan akan sentiasa memberi manfaat kepada diri sendiri dan makhluk sekeliling..
InsyaAllah

Ibadah Puasa yang Mengikut Sunnah:
1) Bersahur: 
makan sebelum masuk waktu Subuh..kita disunatkan untuk melambat-lambatkan waktu bersahur seperti riwayat al-Bukhari & Muslim: "Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatannya".

2) Membaca niat puasa: 
Bermulanya waktu berniat puasa Ramadhan ialah setelah masuk waktu Maghrib sehingga ketika azan Subuh. tidak seperti puasa sunat yang mana niat boleh dibaca selepas waktu Subuh.

Niat Berpuasa:
"Sahaja aku berpuasa esok hari didalam bulan Ramadhan, fardhu keatas ku kerana Allah Ta'ala"

3) Solat: 
Solat hendaklah ditunaikan kerana ia adalah perkara yang difardukan keatas semua umat Islam dan termasuk dalam Rukun Islam sebagai perkara yang kedua sebelum Puasa di Bulan Ramadhan. Perkara yang utama hendaklah diutamakan. untuk apa berpuasa tetapi tidak menjaga solat fardu.
Didalam bulan Ramadhan ini juga, digalakkan untuk menunaikan solat berjemaah di samping solat-solat sunat iaitu solat sunat Tarawih, Witir, Dhuha dan sebagainya.

4) Membaca al-Quran:
Kita juga digalakkan untuk membaca al-Quran dan memasang azam serta berusaha untuk khatam 30 juzuk dalam tempoh sebulan berpuasa. 
"Basahilah lidah dan sibukkan hati dengan kalam Allah"

5)Bersedekah:
bersedekah ini disamping menambah pahala dan keberkatan di bulan Ramadhan, ia  juga akan lebih mendekatkan kita dengan golongan yang kurang bernasib baik seperti orang-orang miskin dan anak yatim. Di samping itu, ia juga mungkin dapat memuhasabahkan diri kita sendiri. dan perlu diingat, ianya hendaklah dilakukan dengan ikhlas hati bukan kerana ingin mencari publisiti.

6) Segerakan berbuka:
Disamping melambat-lambatkan waktu bersahur, kita juga disarankan untuk menyegerakan waktu berbuka. 
Kita juga disunatkan untuk berbuka dengan tamar @ Kurma kerana didalamnya mengandungi seribu satu kebaikan untuk kesihatan badan. 

7) Solat Tarawikh:
istimewanya bulan Ramadhan ini ialah adanya solat sunat yang mana bleh dilakukan setiap malam yang mana tiada di dalam bulan lain iaitu Tarawikh. Lakukanlah ia secara berjemaah di masjid bagi mendapat ganjaran yang berlipatganda selama mana kita mampu disertai dengan solat sunat Witir.

8) Iktikaf di dalam Masjid:
Beriktikaf ialah berhenti sekejap didalam masjid dan seelok-eloknya mengerjakan ibadah didalamnya. Sebaik sahaja kita beriktikaf dengan memasang niat, maka kita akan dikurniakan dengan pahala. 
di bulan Ramadhan ini, kita lebih digalakkan untuk beriktikaf terutama pada 10 malam terakhir kerana pada ketika inilah adanya Malam LailatulQadar.

Niat iktikaf:
"Sahaja aku iktifkaf didalam masjid ini kerana Allah Ta'ala"

9) Jauhi dosa dan maksiat:
Kita hendaklah sentiasa menjaga setiap perlakuan kita seharian agara tidak hampir ke arah kemaksiatan dan dosa. Sememangnya syaitan diberi cuti rehat selama sebulan dari mengganggu tetapi dosa ini kadangkala boleh berlaku tanpa dipengaruhi olehnya. 
Semoga kita terhindar dari melakukan dosa & maksiat serta mendapat keberkatan dari-Nya.

10) Mencari Ilmu:
Mencari ilmu adalah tuntutan dalam Islam. maka, bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kita disarankan untuk mencari ilmu berkaitan rukun, syarat puasa serta perkara yang boleh merosakkan dan membatalkan puasa agar kita mendapat puasa yang sentiasa diberkati dan penuh rahmat.

Semoga Puasa kita Menjadi Ibadah yang mengikut Sunnah Rasullullah s.a.w
INSYAALLAH

Salam Ramadhan al-Mubarak..

Salam Ramadhan al-Mubarak..
tak terlambat lagi rasanya saya ingin mengucapkan salam ramadhan kan..

hari nie adalah 4 Ramadhan 1432H bersamaan 4 Ogos 2011..
hari ke-4 kita semua berpuasa..
semoga 3 hari pertama kita berpuasa kita mendapat puasa yang sebenar-benarnya
bukan setakat mendapat lapar dan dahaga

mudah-mudahan Ramadhan kali ini memberikn seribu satu rahmat buat kita..
demi menjadi insan yang sebenar-benar INSAN..
>>INSYAALLAH<<

Monday, August 1, 2011

Mantai

MANTAI..
apa tue?

adakah mandi kat pantai..
atau main kat pantai..

oh..tidak..

ianya 
adalah satu tradisi yang masih diamalkan di negeri kelahiran ibu mertuaku 
iaitu Negeri Sembilan..

Menurut isteriku, 
Mantai nie adalah acara memotong @ melapah lembu, kambing, kerbau
sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan

Melalui Mantai ini juga, 
akan diadakan satu majlis makan besar antara ahli keluarga bagi menyambut ketibaan Bulan Ramadhan

so, sempena menyambut Ramadhan al-Mubarak tahun nie,
sebagai ahli baru dalam keluarga 
aku pun turut join gak..
(bukan aktiviti melapah, tapi aktiviti makan besar tue)

Menu untuk Mantai di rumah Wan isteri saya ialah:
- Rendang Daging
- Rendang Ayam
- Masak Lomak Ikan Koli Salai (nyum2,my favorite)
- Sayur Campur
- Nasi Putih

dimakan beramai2 secara berjemaah

memang meriah gak la

seronok gak jadik org Negori Sombilan nie...
terujo den..

kito makan pueh2 jang..sok siang x leh makan lagi dh..

p/s: sambut puasa di kg isteri, sambut raya di kg saya lak..hehehe..
      strategi terBaek!!!

Salam Ramadhan al-Mubarak