Friday, August 5, 2011

PERKARA SUNAT DI HARI JUMAAT

Salam Ramadhan..

sempena Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini,
saya inginlah berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari masa sekolah agama dulu..
sekiranya ada salah n silap harap lah dimaafi n ditegur (easyminded kn)

sempena hari Jumaat; penghulu segala hari nie..
saya ingin berkongsi kan 

PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT:

1) Mandi sunat hari Jumaat; mandi sunat yang beserta dengan niat iaitu: 
     "Sahaja aku mandi sunat Jumaat kerana Allah Ta'ala".
mandi nie bukanlah dilakukan sewaktu hendak pergi solat Jumaat, tetapi dilakukan sewaktu mandi selepas terbitnya fajar,disertakan dengan niat yang saya bagitau awal2 tadi.

2) Memotong kuku: bagi meraih pahala sunat, kita digalakkan untuk memotong kuku pada hari tertentu iaitu hari Isnin, Khamis & Jumaat. kalau nak potong hari lain pun xde masalah, cuma potong biasa je la kan..
Bagi memotong kuku ini, ada juga kaedahnya iaitu dimulai dengan memotong kuku tangan kanan, diikuti tangan kiri, kaki kanan dan barulah kaki kiri.

3) Merapikan misai dan janggut. Ini bertujuan menampakkan kekemasan dan mengekalkan ketampanan.

4) Memakai wangi-wangian sewaktu ingin pergi solat Jumaat. (pastikan lah wangian yang kita pakai tu adalah HALAL contohnya OneDrop iaitu tidak mengandungi alkohol). x kanlah ketika hendak pergi berdating saja nak wangi2 kan..time nak jumpa Allah x kan lah nk biar bau busuk je kan.

5) Hadir awal ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. ini bertujuan kita dapat meraih gandaan pahala melalui solat sunat & juga membaca al-Quran. Kita juga digalakkan untuk duduk di saf yang depan bagi menambahkan keberkatan serta terdapat ganjaran bagi mereka yang duduk di saf yang paling hadapan, berbeza dengan saf yang belakangnya.

dan juga beberapa perkara lagi yang disunat n digalakkan..

Semoga Kongsian Ilmu n Info ini dapat Meningkatkan Pahala kita di bulan Ramadhan yang Mulia ini..

Salam Ramadhan

2 comments:

Bunda sylaa said...

salam ramadhan...follback yah

Unknown said...

Salam Ramadhan juga..InsyaAllah..

Post a Comment