Monday, August 1, 2011

Mantai

MANTAI..
apa tue?

adakah mandi kat pantai..
atau main kat pantai..

oh..tidak..

ianya 
adalah satu tradisi yang masih diamalkan di negeri kelahiran ibu mertuaku 
iaitu Negeri Sembilan..

Menurut isteriku, 
Mantai nie adalah acara memotong @ melapah lembu, kambing, kerbau
sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan

Melalui Mantai ini juga, 
akan diadakan satu majlis makan besar antara ahli keluarga bagi menyambut ketibaan Bulan Ramadhan

so, sempena menyambut Ramadhan al-Mubarak tahun nie,
sebagai ahli baru dalam keluarga 
aku pun turut join gak..
(bukan aktiviti melapah, tapi aktiviti makan besar tue)

Menu untuk Mantai di rumah Wan isteri saya ialah:
- Rendang Daging
- Rendang Ayam
- Masak Lomak Ikan Koli Salai (nyum2,my favorite)
- Sayur Campur
- Nasi Putih

dimakan beramai2 secara berjemaah

memang meriah gak la

seronok gak jadik org Negori Sombilan nie...
terujo den..

kito makan pueh2 jang..sok siang x leh makan lagi dh..

p/s: sambut puasa di kg isteri, sambut raya di kg saya lak..hehehe..
      strategi terBaek!!!

Salam Ramadhan al-Mubarak

2 comments:

Unknown said...

kat melaka pun masih ada bro... cuma skrg ni daging dah byk tergantung kat tepi jln je. mengikut sains, mkn daging memang membantu mberi tenaga. begitulah tingginya ilmu orang melayu sbgai persediaan myambut puasa

Unknown said...

panglima: o..kt melaka pun ada eh..cuma saya jek yang x tau kot..ye lah..daging kn memang baik utk memberi tenaga, tapi x elok gak diamalkan selalu terutama time nk bersahur sbb ia menggalakkan asid dlm perut jadi aktif..

Post a Comment