Sunday, January 29, 2012

Preview: The Viral Factor

PREVIEW FILEM:
The Viral Factor
(saya hanya review filem yang saya tonton sahaja)


Lokasi: TGV Cinema, Jusco Cheras Selatan
Tarikh: 29/1/2012
Masa: 11:15am


Filem 2 jam
yang mana hampir 90% penggambaran di buat di Kuala Lumpur, Malaysia


Lakonan:
Jay Chou (Jon Man)
Nicholas Tse (Yeung Man)

jom review sikit:
filem nie bermula di Jordan yang mana seorang profesor berbangsa Arab telah berjaya mencipta sejenis virus yang mana boleh membunuh manusia. beliau perlu diselamatkan dan dibawa keluar dari Jordan agar selamat. walau bagaimana pun, beliau telah disabotaj oleh sepasukan polis khas yang ditugaskan untuk membawanya keluar. semua ahli telah dibunuh termasuk hero filem nie,Jon Man lakonan Jay Chou. lepas 6 bulan, Jon Man pulih walaupun terdapat peluru yang masih tertanam dalam otaknya yang ditembak oleh Sean(ketua kump yg khianat). beliau telah berjanji dengan ibunya yang lumpuh untuk membawa pulang ayah dan abangnya yang telah terpisah hampir 20 tahun...   
plot inilah yang dirakamkan di Malaysia(bangga gak ar)..dari pertemuan secara tidak sengaja didalam Toyota Alphard dengan abangnya sendiri iaitu Yeung Man (Nicholas Tse), seorang penjenayah yang ditugaskan untuk menangkap Dr. yang telah membantu Jon didalam flight. pertemuan dengan ayahnya, Man Tin juga secara tidak sengaja apabila beliau membantu seorang lelaki tua yang dikejar orang. disinilah segala aksi bermula. 
 segala aksi bermula apabila Yeung dipaksa oleh Sean; polis yang membelot, untuk menangkap Dr yang boleh menghidupkan semula virus cacar yang bermutasi untuk dijadikan senjata yang boleh digunakan sebagai kaedah mengaut keuntungan segera dengan cara menjual vaksinnya pula. dalam proses menyelamatkan inilah pelbagai insiden berlaku, Man Tin mati ditembak, anak Yeung Man dicucuk virus dan Jon dituduh sebagai pembelot..berjayakah mereka menyelesaikan konflik yang disebabkan oleh virus ini...
saksikanlah filem aksi The Viral Factor yang dilakonkan 90% di Malaysia ini..pasti anda berbangga..
macam saya..

aksi sebelum tayangan:

 


Cinema:

 
couple seat..

No comments:

Post a Comment