Salam Ramadhan..
selamat berpuasa buat semua..
semoga puasa kita tidak sia-sia & ianya menjadi ibadah memberi manfaat dan mengikut sunnah. di kesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit info yang mungkin berguna untuk kita semua sebagai hamba-Nya..dan semoga ibadah yang kita lakukan akan sentiasa memberi manfaat kepada diri sendiri dan makhluk sekeliling..
InsyaAllah
Ibadah Puasa yang Mengikut Sunnah:
1) Bersahur:
makan sebelum masuk waktu Subuh..kita disunatkan untuk melambat-lambatkan waktu bersahur seperti riwayat al-Bukhari & Muslim: "Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatannya".
2) Membaca niat puasa:
Bermulanya waktu berniat puasa Ramadhan ialah setelah masuk waktu Maghrib sehingga ketika azan Subuh. tidak seperti puasa sunat yang mana niat boleh dibaca selepas waktu Subuh.
Niat Berpuasa:
"Sahaja aku berpuasa esok hari didalam bulan Ramadhan, fardhu keatas ku kerana Allah Ta'ala"
3) Solat:
Solat hendaklah ditunaikan kerana ia adalah perkara yang difardukan keatas semua umat Islam dan termasuk dalam Rukun Islam sebagai perkara yang kedua sebelum Puasa di Bulan Ramadhan. Perkara yang utama hendaklah diutamakan. untuk apa berpuasa tetapi tidak menjaga solat fardu.
Didalam bulan Ramadhan ini juga, digalakkan untuk menunaikan solat berjemaah di samping solat-solat sunat iaitu solat sunat Tarawih, Witir, Dhuha dan sebagainya.
4) Membaca al-Quran:
Kita juga digalakkan untuk membaca al-Quran dan memasang azam serta berusaha untuk khatam 30 juzuk dalam tempoh sebulan berpuasa.
"Basahilah lidah dan sibukkan hati dengan kalam Allah"
5)Bersedekah:
bersedekah ini disamping menambah pahala dan keberkatan di bulan Ramadhan, ia juga akan lebih mendekatkan kita dengan golongan yang kurang bernasib baik seperti orang-orang miskin dan anak yatim. Di samping itu, ia juga mungkin dapat memuhasabahkan diri kita sendiri. dan perlu diingat, ianya hendaklah dilakukan dengan ikhlas hati bukan kerana ingin mencari publisiti.
6) Segerakan berbuka:
Disamping melambat-lambatkan waktu bersahur, kita juga disarankan untuk menyegerakan waktu berbuka.
Kita juga disunatkan untuk berbuka dengan tamar @ Kurma kerana didalamnya mengandungi seribu satu kebaikan untuk kesihatan badan.
7) Solat Tarawikh:
istimewanya bulan Ramadhan ini ialah adanya solat sunat yang mana bleh dilakukan setiap malam yang mana tiada di dalam bulan lain iaitu Tarawikh. Lakukanlah ia secara berjemaah di masjid bagi mendapat ganjaran yang berlipatganda selama mana kita mampu disertai dengan solat sunat Witir.
8) Iktikaf di dalam Masjid:
Beriktikaf ialah berhenti sekejap didalam masjid dan seelok-eloknya mengerjakan ibadah didalamnya. Sebaik sahaja kita beriktikaf dengan memasang niat, maka kita akan dikurniakan dengan pahala.
di bulan Ramadhan ini, kita lebih digalakkan untuk beriktikaf terutama pada 10 malam terakhir kerana pada ketika inilah adanya Malam LailatulQadar.
Niat iktikaf:
"Sahaja aku iktifkaf didalam masjid ini kerana Allah Ta'ala"
9) Jauhi dosa dan maksiat:
Kita hendaklah sentiasa menjaga setiap perlakuan kita seharian agara tidak hampir ke arah kemaksiatan dan dosa. Sememangnya syaitan diberi cuti rehat selama sebulan dari mengganggu tetapi dosa ini kadangkala boleh berlaku tanpa dipengaruhi olehnya.
Semoga kita terhindar dari melakukan dosa & maksiat serta mendapat keberkatan dari-Nya.
10) Mencari Ilmu:
Mencari ilmu adalah tuntutan dalam Islam. maka, bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kita disarankan untuk mencari ilmu berkaitan rukun, syarat puasa serta perkara yang boleh merosakkan dan membatalkan puasa agar kita mendapat puasa yang sentiasa diberkati dan penuh rahmat.
Semoga Puasa kita Menjadi Ibadah yang mengikut Sunnah Rasullullah s.a.w
INSYAALLAH
2 comments:
alhamdulillah...
entri yang panjang lebar tetapi penuh dengan kebaikannya.lebih2 lagi di bulan puasa :D
Terima kasih tuan..saja berkongsi ilmu n info yang sedikit..moga dapat manfaat darinya..
Post a Comment