SALAM RAMADHAN
selamat bersahur n selamat berpuasa
- Bersahur itu adalah sunat, Rasulullah sangat suka umatnya yang bangun untuk sahur.
- Ia adalah perkara sunnah dan berpahala.
- Rasulullah juga bersahur, sekalipun dengan hanya memakan sebiji kurma dan meminum air masak.
Bersahur Itu Berkat:
- Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatannya"
(Riwayat al-Bukhari & Muslim).
- Maksud keberkatan ialah:
Ganjaran Melewatkan Bersahur:
- Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu subuh.
- Bersahur ketika waktu ini adalah seperti memakan sarapan pagi,
iaitu
makanan yang paling penting dalam tempoh 24 jam.
- disamping itu juga ia disarankan oleh Rasulullah seperti dalam Hadith baginda:
" Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa" (Riwayat Ahmad).
Sajian yang Bersesuaian ketika Bersahur:
Disarankan untuk bersahur dengan:
- Makanan yang lambat hadam.
- Makanan yang tinggi dengan protein serta kalori yang mencukupi.
* Diingatkan agar tidak mengambil makanan secara berlebihan semasa bersahur kerana ia akan menyebabkan rasa mengantuk, malas beribadah atau tidur terlalu lama*
(rugilah puasa kita sekiranya tidak mengamalkan perkara yang berfaedah)
2 comments:
ramai juga yang meninggalkan sahur
ainun: diorang bukan sengaja tinggalkan kot..diorang malas nk bangun awal pagi tue kot...
Post a Comment