Saturday, June 26, 2010

Rahsia......

Money..Money...Money!!!!!!!

Software For Webmasters

find out how  to gain extra money with just a simple works..
at any places;home, coffee house n even when you go for shopping...

KMJ 2010..

KMJ 2010 (Kembara Mahkota Johor)

KMJ kali ini merupakan edisi ke-12 sejak dimulakan pada 2001 yang merupakan cetusan Sultan Ibrahim sendiri yang ketika itu menjadi Tunku Mahkota Johor bertujuan mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat.

Sebelum ini edisi kembara adalah dengan menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda dan bot bagi penjelajahan ke pulau-pulau sekitar Johor. Bagi edisi kali ini, Sultan Ibrahim akan menggunakan keretapi yang mana julung2 diadakan di Malaysia.

Sultan Ibrahim menerusi kembara kali ini dijadualkan singgah di beberapa stesen keretapi termasuk Kulaijaya, Kluang dan Chamek untuk bertemu rakyat.

Sejurus tiba di stesen keretapi, baginda dan rombongannya dijadualkan akan dibawa menggunakan kenderaan lain bagi melakukan pelbagai aktiviti termasuk melawat Kampung Pertanian di Kulaijaya, melancarkan tabung amal Simpang Renggam, demonstrasi membuat tosai dan melancarkan portal Sekolah Agama Kampung Chamek dekat Kluang.

Sultan Johor adalah salah seorang Sultan yg berjiwa rakyat kerana sanggup menjelajahi ke seluruh pelusuk negeri Johor hanya kerana ingin mendekati rakyat dan mendalami masalah mereka...

Proud to be Johorean.......

KAMUS & KOMPUTER

Kamus Untuk Pengguna Komputer

Penggunaan kamus secara berterusan secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan bahasa seseorang. Kekerapan membuat semakan akan dapat membuatkan kita dapat mengingati makna dan maksud sesuatu perkataan dengan lebih mudah, khususnya dalam bahasa asing. Namun demikian, untuk membawa kamus ke sana dan ke sini adalah meremehkan bagi kebanyakan orang. Bagi pengguna komputer, khususnya internet saban hari kita akan terjumpa dengan perkataan-perkataan baru ketika sedang melayari internet. Sayangnya kita tidak dapat memanfaatkan penemuan perkataan-perkataan baru tersebut untuk menambahkan perbendaharaan kata dan penguasaan bahasa kita. Ini disebabkan remehnya hendak membuat semakan di dalam kamus kerana kita terpaksa melakukan 2 kerja dalam satu masa - mengendalikan komputer dan membuat semakan di dalam kamus buku.
Menyedari hakikat ini sebuah syarikat Bumiputera, iaitu Alaf Teras telah memperkenalkan perisian e-Kamus pertama pada tahun  2000. Kini setelah 10 tahun berkecimpung membangunkan perisian e-kamus, e-Kamus 5.02 adalah merupakan versi paling terkini dan sofistikated dengan kemampuan mencari makna perkataan secara gerakan tetikus dan juga dwiklik. Ini adalah fungsi yang menarik di mana pengguna tidak perlu menaip huruf untuk mendapatkan makna sesuatu perkataan - cukup dengan gerakan tetikus atau dwilik pengguna akan melihat makna perkataan dengan hampir serta-merta di tetingkat khas e-Kamus 5.02 yang muncul. Pada masa yang sama pengguna dapat menentukan sendiri jenis kamus yang mereka ingin guna setiap kali menghidupkan perisian.

Perisian e-kamus 5.02 turut didatangkan dengan pelbagai pilihan jenis kamus yang semestinya menepati keperluan anda. Pada masa ini terdapat 17 jenis kamus yang anda boleh gunakan termasuk kamus-kamus istilah. Selain daripada itu perisian e-Kamus 5.02 juga mempunyai mempunyai penyemak ejaan Bahasa Melayu yang akan dapat berintegrasi dengan MS Words apabila perisian ini dipasang di komputer anda. Penyemak ejaan ini akan menandakan perkataan yang tersalah eja dan akan memberikan perkataan-perkatan cadangan. Jika anda seorang yang kerap menaip dan menyediakan dokumen dalam Bahasa Melayu, e-Kamus 5.02 juga adalah merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

Maklumat lanjut mengenai perisian e-Kamus 5.02 boleh didapati di laman web E-Kamus-Malaysia.com. Anda juga boleh terus ke laman web tersebut dengan mengikuti pautan di bawah ini.
Catatan oleh: Azazee Sukimi

Wednesday, June 23, 2010

Salamzzz.......

sbnrnya blog nie adalah kesinambungan dari blog aku yg terdahulu iaitu:

semoga blog ini akan lebih mnrk hati kwn2 n diri sendiri..
klu sendiri x tertarik,x kn kwn2 nk tertarik lak kn

apa2 hal pun...
slmt berblogging kepada suma kwn2..

*knowledgeminer= a place to seek for knowledge,a place to seek for extra fees*