Friday, June 21, 2013

Oi Jerebu...

dengan tajuk entry yang macam nie
mesti semua orang dah tahu kenapa kan

mengikut gosip-gosip liar yang didengari..
fenomena ini disebabkan oleh
Pembakaran Hutan yang dilakukan oleh negara Jiran kita
di Sumatera, Indonesia

so, saya yang sekarang nie bekerja n menetap pada hari bekerja di Melaka turut merasai kesan fenomena ini..
teramat berkabus la ari2 saya..
pegi keje-jerebu
tengah keje-jerebu
balik keje- jerebu gak..
n
jerebu nie bukanlah sesuatu yang baik untuk kesihatan..
- batuk
-pedih mata
- selsema
- tekak kering
*semua nie simptom yang saya alami sendiri*


 sebab tu la, saya mengikut nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:
  • pakai mask
  • minum banyak air masak
  • kurangkan aktiviti luar
 
kalau ikut apa yg saya baca dalam surat khabar..
Indeks Pencemaran Udara (IPU) 
yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar
0 - 50 --> sihat
51 - 100 --> sederhana
101 - 200 --> tidak sihat
201 - 300 --> sangat tidak sihat
lebih 301 --> berbahaya

dan...
Melaka dalam lingkungan sangat tidak sihat iaitu 271..
bahaya nie..

agak2 nya la kan..
berapa lama fenomena ini akan berterusan...

No comments:

Post a Comment