macam sadis je tajuk entry nie kn...
tapi itulah hakikatnya...
sapa yg x sedih kn....
bakal pelengkap dan penceria hidup kami telah tiada...
isteriku yang tercinta telah keguguran 1st baby kami..
semasa kami pergi appointment ngn dr utk scan baby..dr ada bgtau, baby belum aktif...
isteri ku pun ada mengadu asyik keluar darah jek...
so, dr ada bgtau mungkin tu salah 1 tanda yang akan berlaku miscarriage tapi masih terlalu awal untuk sahkannya...
sepatutnya 6/5 nie kami kena g jumpa dr lagi utk scan tapi....
pada malam tu gak isteri ku mengadu kesakitan yang amat sgt...
selesai solat Isya', aku berdoa kepada Allah..
"Ya Allah, sekiranya Kau ingin memberi zuriat ini kepada kami, berikan lah kesihatan kepadanya...tetapi sekiranya bukan rezeki kami, Kau tariklah ia dengan sebaiknya"
walaupun sedikit terkilan dan sedih tapi aku masih bersyukur kerana telah diselamatkan isteriku yang tercinta dan ianya berlaku semasa aku berada di-sisinya...
setelah berkali isteriku keluar masuk bilik air, akhinya keluar lah segalanya...
dan ianya adalah janin hasil cinta kami...
Mungkin Ia Bukan Rezeki KAmi tapi Aku tetap Redha dan Bersyukur kerana Isteriku Selamat...
terima Kasih Ya ALLAH....
sabar ye sayang...nanti kita berusaha lagi ye...
abg sentiasa ada untukmu......
No comments:
Post a Comment