Saturday, June 26, 2010

KMJ 2010..

KMJ 2010 (Kembara Mahkota Johor)

KMJ kali ini merupakan edisi ke-12 sejak dimulakan pada 2001 yang merupakan cetusan Sultan Ibrahim sendiri yang ketika itu menjadi Tunku Mahkota Johor bertujuan mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat.

Sebelum ini edisi kembara adalah dengan menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda dan bot bagi penjelajahan ke pulau-pulau sekitar Johor. Bagi edisi kali ini, Sultan Ibrahim akan menggunakan keretapi yang mana julung2 diadakan di Malaysia.

Sultan Ibrahim menerusi kembara kali ini dijadualkan singgah di beberapa stesen keretapi termasuk Kulaijaya, Kluang dan Chamek untuk bertemu rakyat.

Sejurus tiba di stesen keretapi, baginda dan rombongannya dijadualkan akan dibawa menggunakan kenderaan lain bagi melakukan pelbagai aktiviti termasuk melawat Kampung Pertanian di Kulaijaya, melancarkan tabung amal Simpang Renggam, demonstrasi membuat tosai dan melancarkan portal Sekolah Agama Kampung Chamek dekat Kluang.

Sultan Johor adalah salah seorang Sultan yg berjiwa rakyat kerana sanggup menjelajahi ke seluruh pelusuk negeri Johor hanya kerana ingin mendekati rakyat dan mendalami masalah mereka...

Proud to be Johorean.......

link berkaitan KMJ nie...

Sejarah Keretapi Johor

Kembara Mahkota Johor...

kredit to: uthm.edu.my

No comments:

Post a Comment